Monday, 4 November 2019

Perbincangan kajian : organisasi kepimpinan

Secara keseluruhannya bedasarkan maklumat yang telah kami perolehi daripada kaedah kajian , gaya kepimpinan yang diamalkan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan dan Kolej Vokasional lebih tertumpu kepada gaya kepimpinan demokrasi. Hal ini kerana apabila pihak kedua mengemukakan sesuatu cadangan m pihak atasan akan menerima pendapat yang mereka kemukakan . Pihak kedua juga diberi berpeluang untuk berkongsi pendapat taupun idea dalam mencari kata sepakat sebelum membuat sesuatu keputusan. Selain itu, guru juga dibenarkan untuk berkongsi maklumat dan informasi tentang aspek pembelajaran. Disamping itu, kedua-kedua sekolah tersebut juga menggunakan gaya pemilihan demokratik iaitu melalui pilihan raya dalam pemilihan kepimpimpinan murid di sekolah tersebut. Gaya kepimpinan yang digunakan  oleh mereka juga menjuru kepada gaya kepimpinan demokratik. Hal ini kerana mereka memberi hak kepada biro-biro untuk mengemukakan sesuatu cadangan samaada berkaitan penambahbaikan  kertas kerja ataupun program.


Berdasarkan analisis kajian yang telah dikemukakan di atas terdapat kelebihan, kelemahan dan penambahbaikan berkaitan gaya kepimpinan yang diamalkan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan dan Kolej Vokasional.


 KELEBIHAN

Berdasarkan kajian yang telah kami perolehi terdapat beberapa kelebihan mengenai organisasi dan gaya kepimpinan yang diamalkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Kolej Vokasional (KV). Guru-guru diberi kebebasan untuk mengemukakan pendapat mereka semasa mesyuarat diadakan iaitu mengenai aktiviti ataupun program yang ingin dilakukan bagi memantapkan lagi sistem pendidikan di sekolah. Pengetua ataupun pengarah akan mempertimbangankan pendapat yang dikemukan oleh guru-guru secara rasional. Selain itu, keputusan yang dicapai bersama ini juga akan menggalakkan percambahan minda dalam organisasi tersebut. Berdasarkan hujah yang telah dikemukakan di atas, organisasi sekolah tersebut telah menggunakan teori gaya kepimpinan demokrasi iaitu pentadbiran yang lebih terbuka dan liberal.Berdasarkan kajian yang telah kami perolehi objektif kajian kami telah tercapai iaitu untuk mengenal pasti teori gaya kepimpinan yang digunakan di sekolah tersebut.

KELEMAHAN

Berdasarkan kajian yang telah kami perolehi terdapat beberapa masalah yang timbul mengenai organisasi dan gaya yang kepiminan yang diamalkan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Kolej Vokasional (KV). Antaranya adalah pengetua terpaksa mengambil masa yang lama untuk membuat sesuatu keputusan. Hal ini kerana pengetua terpaksa mempertimbangkan pandangan pelbagai pihak bagi mendapatkan suara majoriti dari guru-guru dan staf. Perkara ini telah menyebabkan program yang ingin dilaksana terpaksa ditanggungkan buat sementara waktu sekiranya keputusan yang ditunggu-tunggu masih belum dikeluarkan. Prosedur yang dilakukan juga sangat rumit sehingga boleh menyebabkan perselisihan faham antara satu sama lain kerana berlakunya percanggahan pendapat. Justeru itu, pengetua terpaksa melakukan mesyuarat semua guru-guru untuk mendengar dengan lebih jelas pandangan daripada guru-guru sehingga mengganggu sistem serta proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di sekolah. Berdasarkan kajian yang telah kami perolehi objektif kajian kami telah tercapai iaitu untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh organisasi dan kepimpinan sekolah tersebut.


 PENAMBAHBAIKAN

Berdasarkan kajian yang telah kami perolehi terdapat penambahbaikan antaranya adalah dengan meningkatkan interaksi dua hala  antara dua pihak. Kepimpinan yang diamalkan oleh SMK dan KV mengambil masa yang lama dalam membuat taupun memutuskan sesuatu keputusan.  Justeru itu, pihak yang bertanggungjawab perlulah mengambil langkah yang lebih efektif dalam memnyelesaikan isu bagi melancarkan sistem petadbiran di sekolah tersebut. Disamping itu, Dalam konsep dua hala ini juga, pihak yang bertanggungjawab juga perlulah mengambil kira keadaan suasana tempat perbincangan yang dilakukan agar dapat membantu guru-guru dalam mengeluarkan sesuatu idea yang bernas dan bermutu. Hal ini kerana sekiranya suasana tempat tersebut berada dalam keadaan baik, ia akan memberi keselesaan dan ketenangan kepada guru-guru agar  proses perbincangan tersebut akan berjalan lebih lancar serta sistematik. Apabila dua konsep penambahbaikkan ini dilakukan, kita dapat mempercepatkkan proses perbincangan dengan lebih sistematik dan teratur. Bekas Menteri Pendidikan Dan Ketua Jurnal Akademik Islamiyat Al-Maritah ada menyatakan dalam kepimpinan mesti ada gerakan dan perubahan yang positif secara berterusan (Wan Rahimah Draman, 2007). Dengan itu, pemimpin hendaklah terlibat secara aktif, menggerak dan menangani perubahan, memberi bimbingan dan tunjuk ajar, dorongan dan galakan supaya setiap aktiviti mencapai matlamat dan memberi sumbangan ke arah kecemerlangan sejajar dengan perubahan globalisasi. 

Perbincangan kajian : organisasi kepimpinan

Secara keseluruhannya bedasarkan maklumat yang telah kami perolehi daripada kaedah kajian , gaya kepimpinan yang diamalkan oleh Sekolah Me...