Secara keseluruhannya
bedasarkan maklumat yang telah kami perolehi daripada kaedah kajian , gaya
kepimpinan yang diamalkan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan dan Kolej Vokasional
lebih tertumpu kepada gaya kepimpinan demokrasi. Hal ini kerana apabila pihak kedua
mengemukakan sesuatu cadangan m pihak atasan akan menerima pendapat yang mereka
kemukakan . Pihak kedua juga diberi berpeluang untuk berkongsi pendapat taupun
idea dalam mencari kata sepakat sebelum membuat sesuatu keputusan. Selain itu,
guru juga dibenarkan untuk berkongsi maklumat dan informasi tentang aspek
pembelajaran. Disamping itu, kedua-kedua sekolah tersebut juga menggunakan gaya
pemilihan demokratik iaitu melalui pilihan raya dalam pemilihan kepimpimpinan
murid di sekolah tersebut. Gaya kepimpinan yang digunakan oleh mereka juga menjuru kepada gaya
kepimpinan demokratik. Hal ini kerana mereka memberi hak kepada biro-biro untuk
mengemukakan sesuatu cadangan samaada berkaitan penambahbaikan kertas kerja ataupun program.
Berdasarkan analisis kajian
yang telah dikemukakan di atas terdapat kelebihan, kelemahan dan penambahbaikan
berkaitan gaya kepimpinan yang diamalkan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan dan
Kolej Vokasional.
KELEBIHAN
Berdasarkan kajian yang
telah kami perolehi terdapat beberapa kelebihan mengenai organisasi dan gaya
kepimpinan yang diamalkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Kolej
Vokasional (KV). Guru-guru
diberi kebebasan untuk
mengemukakan pendapat mereka semasa mesyuarat diadakan iaitu mengenai aktiviti
ataupun program yang ingin dilakukan bagi memantapkan lagi sistem pendidikan di
sekolah. Pengetua ataupun
pengarah akan mempertimbangankan pendapat yang
dikemukan oleh
guru-guru secara rasional. Selain itu, keputusan
yang dicapai bersama ini juga
akan menggalakkan percambahan minda dalam organisasi tersebut. Berdasarkan hujah yang telah dikemukakan di atas,
organisasi sekolah tersebut telah menggunakan teori gaya kepimpinan demokrasi
iaitu pentadbiran yang lebih terbuka dan liberal.Berdasarkan kajian yang telah
kami perolehi objektif kajian kami telah tercapai iaitu untuk
mengenal pasti teori gaya kepimpinan yang digunakan di sekolah tersebut.
KELEMAHAN
Berdasarkan kajian yang
telah kami perolehi terdapat beberapa masalah yang timbul mengenai organisasi
dan gaya yang kepiminan yang diamalkan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
dan Kolej Vokasional (KV). Antaranya adalah pengetua terpaksa mengambil masa
yang lama untuk membuat sesuatu keputusan. Hal ini kerana pengetua terpaksa
mempertimbangkan pandangan pelbagai pihak bagi mendapatkan suara majoriti dari
guru-guru dan staf. Perkara ini telah menyebabkan program yang ingin dilaksana
terpaksa ditanggungkan buat sementara waktu sekiranya keputusan yang ditunggu-tunggu
masih belum dikeluarkan. Prosedur yang dilakukan juga sangat rumit sehingga
boleh menyebabkan perselisihan faham antara satu sama lain kerana berlakunya
percanggahan pendapat. Justeru itu, pengetua terpaksa melakukan mesyuarat semua
guru-guru untuk mendengar dengan lebih jelas pandangan daripada guru-guru
sehingga mengganggu sistem serta proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
di sekolah. Berdasarkan kajian yang
telah kami perolehi objektif kajian kami telah tercapai iaitu untuk
mengenal pasti masalah yang dihadapi
oleh organisasi dan kepimpinan sekolah tersebut.
Berdasarkan
kajian yang telah kami perolehi terdapat penambahbaikan antaranya adalah dengan
meningkatkan interaksi dua hala antara
dua pihak. Kepimpinan yang diamalkan oleh SMK dan KV mengambil masa yang lama
dalam membuat taupun memutuskan sesuatu keputusan. Justeru itu, pihak yang bertanggungjawab
perlulah mengambil langkah yang lebih efektif dalam memnyelesaikan isu bagi
melancarkan sistem petadbiran di sekolah tersebut. Disamping itu, Dalam konsep
dua hala ini juga, pihak yang bertanggungjawab juga perlulah mengambil kira keadaan
suasana tempat perbincangan yang dilakukan agar dapat membantu guru-guru dalam
mengeluarkan sesuatu idea yang bernas dan bermutu. Hal ini kerana sekiranya
suasana tempat tersebut berada dalam keadaan baik, ia akan memberi keselesaan
dan ketenangan kepada guru-guru agar proses
perbincangan tersebut akan berjalan lebih lancar serta sistematik. Apabila dua
konsep penambahbaikkan ini dilakukan, kita dapat mempercepatkkan proses
perbincangan dengan lebih sistematik dan teratur. Bekas Menteri Pendidikan Dan
Ketua Jurnal Akademik Islamiyat Al-Maritah ada menyatakan dalam kepimpinan
mesti ada gerakan dan perubahan yang positif secara berterusan (Wan Rahimah
Draman, 2007). Dengan itu, pemimpin hendaklah terlibat secara aktif, menggerak
dan menangani perubahan, memberi bimbingan dan tunjuk ajar, dorongan dan
galakan supaya setiap aktiviti mencapai matlamat dan memberi sumbangan ke arah
kecemerlangan sejajar dengan perubahan globalisasi.